Saturday, December 5, 2009

ongkos


ada yg panggil ringgit
ada yg panggil dollar....

korang panggil ape?

Thursday, November 19, 2009

dua insan bercinta...


bila cinta berakhir,
tiadalah ertinya
jika kau pergi dulu
sebelum hasrat tercapai...

Wednesday, November 11, 2009

air panas

aktiviti merebus telur...

air panas sg klah...

2 min - 1/4 masak

3 min - 1/2 masak

4min - 3/4 masaak

7min - masak.....

Monday, November 2, 2009

hotel quality, shah alam

last weekend aku pergi kursus...
ini pemandangan dari tingkat 22, dah membangun pun shah alam ni... tempat aku cari makan dulu...

Sunday, October 25, 2009

side mirror


hari ni pergi kedai brothers ampang, kasi tukar itu side mirror dan head lamp. Semalam baru servis radiator dan air cond. Timing belt soon...

Friday, October 9, 2009

car battery


mlm td ingatkan nak pergi beraya rumah sedara mare, tapi kereta tak boleh start le pulak, puas aku memikirkannya... pg tadi baru dtg idea pg beli bateri baru kasi tukar itu bateri lame... alhamdulillah... dah boleh start dah... kalau tak aku dah nak trade in kete baru je...

Wednesday, September 16, 2009

kunci


setelah setahun lebih aku membuat S&P utk membeli sebiji rumah, akhirnya hari ni baru aku dapat kunci rumah tu. Selepas ni nak fikir nak cat rumah , renovate tandas kitchen etc... alhamdulillah...

Saturday, September 5, 2009

Kapal selam

nama : KD Tunku Abdul Rahman
buatan : Peranchis
harga : RM 13 juta
tiba di malaysia : 3 sept 2009
Jenis : scorpene submarine

Saturday, August 1, 2009

klinik


kalo sakit pg hospital kene tunggu mase yg lame. Nak cepat pg klinik... kekadang ramai gak pesakit, pesakit yg tak sakit yg hanya amik MC
nama klinik : klinik MAHA
lokasi : alor setar
owner : tun mahathir...

Sunday, July 26, 2009

1 Malaysia



rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Monday, June 29, 2009

tazkirah...


untuk hambamu yg berfikir.....

Thursday, June 4, 2009

joran

aku tak minat memancing ni... ade sesape bloggers yg hobi minat memancing ke? ape yg bestnye memancing ni?

lokasi : pantai perairan melaka...

Friday, May 15, 2009

bhg pinj perumahan



setelah hampir 10 bulan aku follow up utk membeli sebiji rumah, akhirnya aku mendapat kelulusan dari bhg pinj perumahan. Hari ni jugak aku pg hantar borang penerimaan dan slip gaji ke putrajaya... lepas ni nak buat agreement ngan lawyer pulak...

Monday, May 11, 2009

denggi


petang ni ade staff DBKL dtg ke setiap rumah kat area rumah aku utk membuat semburan asap memandangkan wabak denggi sedang merebak...

Saturday, May 9, 2009

MIHAS



semalam aku pergi tgk MIHAS kat area MATRDADE jln duta. Ramai betul org kat situ... mase tu kul 1 ptg... aku park kereta kat masjid le ... jauh gak menapak naik ke atas bukit tu....

Friday, May 8, 2009

jin


Menurut apa yang diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia bersama isterinya berjalan hendak ke kenduri kahwin di hujung kampung. Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Maka terpaksalah mereka menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari. Tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara tangisan kanak-kanak. Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang... Kata Tok Dahaman, dia sungguh hairan, siapa pula yang meninggalkan anak dalam keadaan begitu? Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak itu bukanlah manusia biasa kerana didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat panjang, begitu juga jari kaki.. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa sebab mereka menangis di tepi jalan. Menurut salah satu daripada budak-budak itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan oleh hujan yang amat lebat sebentar tadi. Tok Dahaman bertanya di mana rumah. Mereka pun menunjukkan kepada pokok besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yang budak-budak itu adalah anak jin atau syaitan, jelas Tok Dahaman. Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang perihal rumah mereka yang telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan pandangan mata kasar. Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening. Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang ayam bersilang di rambutnya. Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan. Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya mencari syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di tempat orang lelaki.. > Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak syaitan bercampur gaul dengan org ramai. Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana orang yang memasak tidak membaca Bismillah), syaitan-syaitan tersebut ada yang meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk. Ada juga yang muntah ke dalam makanan, ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan riba manusia. Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak untuk makan. Orang ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok Dahaman pada hari itu. Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan manusia di rumah kenduri. Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpalah dia dengan bapa syaitan tersebut. Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dengan gelojohnya. Tok Dahaman pun bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan. Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula, keadaan lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang sama-sama makan kenduridengan orang perempuan bahkan di bahagian perempuan keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yang membawa anak mereka. Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa mereka.. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yang membuang air kecil sambil bergayut di jendela rumah. Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan. Isteri Tok Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan. Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap dengan cermin tempat bersolek. Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu percaya atau tidak. Begitulah halnya, keadaan syaitan yang sungguh menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan. Sebelum makan, sebut lah nama Allah, atau sekurang-kurangnya bacalah BISMILLAH. MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN DENGAN UCAPAN BISMILLAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Wallahua'lam

Saturday, May 2, 2009

klcc


ini gambar pemandangan klcc. Gambabr ini aku ambil dari tkt 13 sebuah hotel di jln raja alang , kg baru.....

Wednesday, April 15, 2009

exora


aku tercari-tercari mpv for my second car. adakah ini kereta yg dimaksudkan tu? ade sesape dah booking or any suggestion...

Friday, April 3, 2009

menyunting bunga

kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum...

Saturday, March 21, 2009

kartun


ini hasil kerja anak aku gambar kartun spongebob dari pasir warna...

Thursday, March 19, 2009

telur

hati hati bawa telur tu...
jgn sampai jatuh pecah pulak...
disqualified le..

Tuesday, March 17, 2009

team building


ape yg penting kerjasama...
panjat bang.. boleh naik lagi tu ..

Monday, March 16, 2009

rakit


berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian....

Sunday, March 15, 2009

kelapa muda


kalau badan panas, minum le air kelapa muda... org kate bole menyejukkan badan...

Saturday, February 21, 2009

kuih udang


kalau singgah di pekan alor gajah, jgn lupa order kuih udang alor gajah...the best in town...

Friday, January 23, 2009

PATTAYA

NASI GORENG DARI SIAM...

Sunday, January 18, 2009

prosperity burger


singgah kat mcdee... lepas ni teringin nak makan durian la pulak...

Saturday, January 10, 2009

teh tarik


tarik tinggi lagi mamak...